Friday, November 21, 2008

Penilaian Terhadap Blog




Assalamualaikum...

Kali ini kita bertemu lagi...pada kali ini penulis akan menyatakan kembali proses penialaian yang dilakukan ke atas laman P&P yang telah dibina..Pada peringkat ini, penulis mengambil 4 langkah utama iaitu :

1.Buat penilaian sendiri

- Pada langkah ini, penulis membuat penilaian secara bersendirian. Melihat sejauhmana keberkesanan laman yang dibangun dengan cuba menjawab persoalan2 yang berkemungkinan akan ditanya oleh pengunjung bloh.

2.Minta pendapat rakan-rakan lain

- Seterusnya, penulis juga mengambil kira pandangan rakan2 lain baik yang terlibat dalam pembuatan blog mahupun tidak. Pelbagai komen yang membina penulis perolehi.

3.Membuat pengubahsuaian ke atas elemen yang difikirkan perlu

- Setelah terdapatnya komen2 yang memuaskan, penulis pun berusaha untuk mengurangkan tahap yang kurang memuaskan itu ke tahap yang minima. Apalagi..blog pun berubahlah juga rupanya..huhu..


Blog asal


Laman terkini



4.Refleksi

- Pada peringkat terakhir juga serupa dengan penilaian 50 laman web iaitu penulis kena menjalankan proses refeksi. Ingatlah balik segala yang patut..


5. Buat Laporan Bertulis

- Dalam hal ini, penulus dikehendaki membuat laporan bertulis untuk secara keseluruhan..Nama pun latiha ilmiah..mesti ada yang ilmiah atau pun bertulis...

Proses Penilaian Laman Web

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Bagi proses penilaian ke atas 50 buah laman web yang berkaitan dengan kejadian manusia, penulis telah mengambil beberapa langkah berikut.Pembaca boleh lihat rentetan perjalanan penulis sepanjang menganalisis laman web orang lain.

1.Memahami artikel standard pemikiran.
- Pertama seklai, kene faham dulu apa dia 9 standard Paul

2.Membuat template penilaian terlebih dahulu
- Kemudian, ppada masa ni penulis mula membina template penilaian agar mudah sedikit nak buat analisis

3.Mencari laman web yang berkaitan tajuk berdasarkan peta konsep
-Pada langkah ini, penulis mula mencari 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk iaitu kejadian manusia.Pencarian hendaklah mengikut yang terdapat di dalam peta konsep




4.Membaca isi kandungan secara seimbas lalu
- Setelah dapat 50 buah laman yang berkaitan, penulis akan membaca sebuah lamaan yang di analisis seimbas lali. Penulis ingin mendapatkan kepastian laman tersebut mempunyai perkaitan atau pun tidak.

5.Membaca isi kandungan secara menyeluruh
- Pada peringkat ini, barulah penulis akan membaca keseluruhan isi kandungan alaman dengan sempurna. Tindakan ini mengambil amsa yang agak lama sikit. Maklumlah nak fham ayat orang lain...

6.Mengenal pasti perenggan yang menyatakan perihal berkaitan tajuk
- Kemudian, tindakan seterusnya adalah mengenal pasti perenggan yang mempunyai perkaitan dengan tajuk yang dicari.Peringkat ni paling payah..macam-macam yang penulis jumpa..tak berkaitan pun ada juga...

7.Membuat penandaan ke atas template penilaian bagi setiap laman
- Pada langkah ini, kerja penulis hanya menanda kat petak template penilaian yang disediakan. HMM kekadang taekeliru jugaklah bila buat benda ni..tapi keeb buat jugak..


8.Buat ulasan ringkas bagi setiap laman web
- Seterusnya adalah buat ulasan ringkas berkaitan dengan laman yang dianalisis tu. Penulis akan mengkritik dari segi keistimewaan dan kelemahan yang dimiliki.


9.Refleksi
- Ini adalah peringkat terakhir, iaitu proses mengingat kembali apa yang dilakukan. Kene ingat langkah demi langkah..dari awal hingga akhir..

PROSES PEMBANGUNAN BLOG P&P

Assalamualaikum semua...

Proses reflksi metakognitif merupakan satu proses mengingat kembali segala yang telah kita lakukan dari awall hingga ke akhir sesuah tindakan..Pada proses membangun sesebuah blog P&P, penulis telah mengambil 4 stategi utama dimana dibawah strategi tersebut terdapat beberapa tindakn lain. Pembaca boleh melihat rentetan perjalan penulis dalam membangunkan laman blog P&P...

Langkah Pertama – PERANCANGAN

Pada peringkat awal ini, pengkaji telah membuat pelan tindakan terlebih dahulu. Hal ini bertujuan supaya pangkaji dapat melihat secara keseluruhan tindakan yang bakal diambil. Pelan tindakan yang dibuat termasuklah senarai semak perkara yang ibgin dilakukan.

Langkah Kedua – GERAK KERJA DAN TINDAKAN

Peringkat kedua pula melibatkan peringkat pelaksanaan gerak kerja mahupun segala tidakan yang telah dirancang pada peringkat pertama tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil enam tindakan iaitu :

1.Mencari tajuk yang sesuai di dalam buku teks
Pengkaji telah mencari tajuk yang difikirkan sesuai di dalam buku teks .Pengkaji menyenaraikan beberapa tajuk yang difikirkan baik da akhirnya pengkaji telah memilih tajuk Kejadian Manusia di bawah bab Tanda-tanda Kekuasaan Allah. Tajuk tersebut merupakan silibus Pendidikan Al-Quran dan Sunnah bagi tingkatan empat.

2.Mencari buku atau sumber rujukan tambahan
Seterusnya, pengkaji telah ke perpustakaan Tun Sri Lanang bagi mencari buku dan sumber rujukan tambahan. Pengkaji tidak hanya menggunakan buku teks sebagai maklumat utama tetapi mengambil kira bahan rujukan lain. Pengkaji telah menggunakan 20 buah buku rujukan tambahan dalam pembinaan blog ini.

3.Membuat peta konsep
Setelah memperolehi bahan rujukan tambahan, pengkaji telah membuat peta konsep.Hal ini bertujuan supaya pengkaji dapat melihat dan menentukan jumlah objektif yang bakal dilaksanakan.Peta konsep tersebut dibuat menggunakan perisian microsoft Power Point untuk dijadikan sebagai gambar.


4.Mencari template yang bersesuaian
Langkah seterusnya adalah mencari template yang bersesuain bagi blog P & P pengkaji. Template yang hendak digunakan mestilah bertepatan dan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.Bukan itu sahaja, ia mestilah mampu menarik minat golongan yang ingin membaca blog yang ingin dibangunkan tidak kira apa ju golongan pembaca.

5.Memasukkan segala isi kandungan mengikut peta konsep
Tindakan terakhir pada peringkat kedua ini adalah memasukkan segala isi kandungan blog mengikut maklumat yang terdapat pada peta konsep. Dalam erti kata lain, aktiviti post dilakukan pada peringkat ini.Isi kandungan yang dimasukkan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam buku teks serta bahan-bahan bacaan lain yang difikirkan sesuai dan bertepatan dengan tajuk. Isi kandungan hendaklah menepati sepuluh kriteria yang telah ditetapkan.


Langkah Ketiga – PEMANTAUAN DAN PEMERHATIAN

Peringkat ketiga pula melibatkan peringkat pematauan dan pemerhatian ke atas segala tidakan yang telah dilaksanakan pada peringkat kedua tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Melakukan pengharmonian ke atas blog
Pada tindakan ini, pengkaji telah melakukan pengharmonian ke atas blog dimana memasukkan elemen-elemen lain yang difikirkan sesuai ke dalam blog. Antara elemen-elemen tersebut adalah jam, kalender, label, biodata pengkaji dan sebagainya. Langkah ini diambil bagi memperlihatkan kecatikan blog di samping mampu menarik minat pengunjung blog.



2.Membuat penambahan isi yang difikirkan sesuai
Setrusnya, pada langkah ketiga ini juga pengkaji telah membuat penambahan isi kandungan yang difikirkan sesuai. Ia terdiri daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis serta sumber rujukan. Hal ini bertujuan agar para pemabaca lebih menyakini akan kesahihan maklumat yang diberikan.



Langkah Keempat - PENILAIAN

Peringkat keempat pula ia melibatkan peringkat terakhir iaitu proses penilaian ke atas segala tindakan yang telah dilaksanakan pada peringkat ketiga-tiga peringkat tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Membuat penambah baikan ke seluruh blog
Tindaakn pertama pada peringkat ini adalah dengan membuat penam baikkan ke atas seluruh blog sama ada isi kandungan, grafik, elemen dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memperbetulkan mana-mana bahagian yang terdapat kesilapan ataupun kekurangan. Tindakan ini dilakuakn setelah meminta pandangan daripada beberapa orang rakan yang lain .



2.Membuat refleksi
Seterusnya adalah tindakan terakhir iaitu membuat refleksi. Refleksi bertujuan untuk mengimbas kembali segala perlakukan ataupun tindakan yang telah diambil dari awal proses penubuhan laman blog tersebut. Tindakan ini mengajar pengkaji supaya mampu berfikir secara kritis.

Saturday, November 1, 2008

SALAM PERJUANGAN


Assalamualaikum semua....

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kengkawan...Berusahalah bersungguh-sungguh demi mengejar kejayaan di dunia dan akhirat..Setiap kejayaan memerlukan usaha dan doa yang berterusan..Salam perjuangan nan abadi...Kejayaan kita kebanggan agama, keluarga dan negara...

Tuesday, October 7, 2008

RENTETAN SEBUAH PERJALANAN

22 OGOS 2008

Hari ni merupakan hari yang bersejarah...Cewah...Hari ni kami dimaklumkan dan dibahagikan mengikut penyelia masing2. Aku dan 20 orang lagi tetap kekal dibawah seliaan Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman. Aku sangat bersyukur...sebab aku tak perlu nak dapat penylia baru. Lagipun aku dah ready beberapa benda...huhuhu..Kami dikehendaki membuat berkaitan dengan tajuk... "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .....ikut tajuk masing-masing" Jadi, ini bermakna kami kene buat satu blog khusus untuk aku punya tesis..Paling best, kami bekerja di bawah satu kumpulan, kalo tak faham apae boleh rujuk or tanya kawan2 lain....Di bawah ni merupakakn rentetan ringkas prjalananku dalam menyiapkan latihan ilmiah ni...Diharap sangat, aku dapat menghasilkan sebuah blog yang boleh menjadi kegunaan semua orang khususnya barisan pendidik negara. Di bawah ni ,merupakan rentetan perjalanan aku dalam meyiapkan blog aku...kiranya imbas balik lah...tak pun diari mingguan akulah...huhuhu

MINGGU PERTAMA
25 - 31 Ogos 2008

i- MEMAHAMI TUGASAN
Pertama sekali aku kene belajar untuk fahami tugasan yang diberikan walau pun aku dah ada gambaran awal tentang tugasan. So tugasan aku adalah buat satu latihan ilmiah yang berbentuk blog.

ii- MEMBUAT TINJAUAN LITERATUR
Pada peringkat ini, aku buat tinjauan literatur seperti mana kalo kita nak buat tesis... Pelbagai aspek yang aku tengok seperti penggunaan ict dalam pendidikan islam, standard pemikiran, panduan penilain sumber dari laman Web, laman2 wen pendidikan Islam dan jenis-jenis dokumen dari laman web.

iii- BELAJAR MEMAHIRKAN MEMBUAT BLOG
Sebelum aku beralih kepada membuat blog, aku kene refresh kembali pengtahuan aku mengenai blog. Yelah amklumlah lama dah tinggalkan. Tup2 banyak perubahan besar dalam pembinaan blog. Lagi mudah daripada dulu. huhuhu

iv-MENCARI TAJUK
Peringkat ni paling pening. Yelah sibuk cari tajuk yang sesuai. Pening punya pening aku ingat nak buat pasal al-Quran, bab dari subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah tingkatan 4

v- MELIHAT SECARA RAWAK LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK
Belek punya belek, aku macam tak puas hati jer ngan lama2 yang berkaitan....aku jadi 50/50 dah nak teruskan tajuk....


MINGGU KEDUA
1 - 7 September 2008

vi- MENUKAR TAJUK
Huhuhu...di saat2 genting ni plak, aku amik keputusan untuk tukar tajuk... jadi, tajuk aku dan berubah
PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH : TINGKATAN EMPAT

vii-MEMBUAT PETA/KERANGKA KONSEP
Pada peringkat ini aku buat peta konsep supaya aku boleh selamat banyak benda. Peta konsep aku tulah jugak yang akanmenjadi objektif Pengajaran dan Pembelajaran aku kelak brdasarkan blog. Lagipun, dengan adanya peta konsep, aku tak perlu nak susah2 cari keyord untuk search maklumat yang berkaitan dalam laman web. Sangat mudah... Peta konsep aku masukkan di laman P & P di dalam blog.


viii- MENCARI LAMAN WEB YANG BERSESUAIAN
...Kami dikehendaki mencari dalam 50 laman web yang berkaitan..Alhamdullilah dapat gak 53 laman web.huhuhu. Apalagi lepas dapat, save jelah kat Bookmarks, lagi cepat dan mudah.. Susah juga nak cari laman web yang berkaitan, banyak yang tidak memenuhi syarat..huhuhu


MINGGU KETIGA
8 - 9 September 2008


viiii - MEMBINA BORANG PENILAIAN
Peringkat ni, aku kene buat borang penilaian sendiri bagi memudahkan aku nak menganalisa maklumat yang terdapat di dalam laman web yang aku dah cari sebelum ni. Aku mengambil 9 kreteria yang dicadangkan oleh Paul serta menambah satu lagi iaitu Hikmah ( Al-Quran dan Hadis).Borang penilaian aku buat di dalam word jer.

x - MENILAI LAMAN WEB
Minggu ni aku bz sikit...yelah nak nilai 50 laman web, bukan senang. Tapi aku buat gaklah....aku pun nilai berdasarkan standard pemikiran yang diberikan oleh penyelia. Payah jugak yer...duduk berjam2 depan komputer...tapi itu pada mulanya jer...bila dah masuk hari berikutnya, senang dah..Aku nilai dengan melakukan penandaan di aats kertas, kemudian barulah di masukkan ke dalam laman Gedung Pilihan...


xi - MEMASUKKAN HASIL PENILAIAN KE DALAM BLOG
Sebaik sahaja aku selesai membuat penilaian, aku pun masukkan lah hasil penialaian secara ringkas ke dalam blog. alah aku pun buat simple2 je..buat bentuk jadual, mudah sikit nak dibaca.huhuhuhu


Minggu Keempat dan Kelima 22 Sep - 05 Okt 2008

Minggu ni minggu balik kampung...so nampak gayanyer blog aku akan berehat selama 2 minggu...dui..apa boleh buat..apa pun Selamat Hari Raya kepada semua..Maaf Zahir dan Batin...jumpa pas cuti nanti..salam


Minggu Keenam
06-12 Okt 2008

xii- BANGUNKAN BLOG P & P
Minggu ni sangat tension...internet buat hal...pening kepala...macam manalah nak post artikel2 yang berkaitan..Kalo dapat tenet bukan main lembap lagi..siap main repair2 lagi ....


xiii- TUKAR TULISAN AYAT AL-QURAN JADI PICTURE

Ni lagi satu hal,,pening macam manalah nak masukkan ayat al-quran ke dalam post..copy n paste pun tak jadi ..just kuar simbol sahaja..Aku pun tanya tok guru....huhuhuhu..kat bawah contoh dia.....



MINGGU 7-9
13 Okt-02 Nov 2008


- BUAT PENAMBAHBAIKAN PADA BLOG

Dalam masa 3 minggu ni agak bz sikit..maklumlah bakal menjelang detik-detik peperiksaan.... Time nilah jugak nak submit asegment2 yang mana patut...walau bagaimanapun...jenguk jugaklah blog aku...huhu..buatlah penambahbaikan sikit bagi mana yang patut...huh payah jugak nak bangunkan blog mengikut standard yang diberikan..Pening...

- MENGEMASKINI EMPAT BLOG YANG SEDIA ADA

Bab ni lah yang payah ni...macam-macam lagi nak ditambah...aduiiii...Blog penilaian laman web...rasa2nya nak tukar lagi..buat analisis yang lebih baik...Apa lagi..minggu ni buat penialain buat kali yang kedua..Penilaian yang first tak cukup puas hati...lagipun nak buat kat power point untuk dijadikan flash...lagi mudah..tak perlu nak serabut buat pic..itu kaedah baru pula yang aku temui setelah meneroka kat alam IT nie..kukui..

- MEMBINA MODUL PENGAJARAN BERASASKAN WEB

Dalam bab ini, aku kene buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) supaya aku boleh integrasikan blog yang aku buat ni dalam proses P&P kelak...alah macm kita biat sbelum ni time praktikal,,just bezanya kita guna laman web orang lain untuk mengajar dan membuat penerokaan..itu jer...Aku buatlah RPH sebagaimana yang aku buat semasa latihan mengajar tempoh hari..lagi mudah..lagipun kami diberikan pilihan untuk membuat RPH ikut cara apa sekalipun..Selain itu, aku juga buat power point yang akan digunakan di dalam P&P tersebut kelak sebagai Bahan Bantu Mengajar di samping beberapa contoh edaran soalan.

- MEMBUAT LAPORAN BERTULIS

Hah bab ini yang paling .....payah sebab kene mengarang ayat plak...nak jadikan semua dalam bentuk formal dan bertulis...Apalagi...Buatlah apa yang patut....



Slide 6
1

JOM DENGAR

.:: Nasyid Fm ::.

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP