Tuesday, October 7, 2008

RENTETAN SEBUAH PERJALANAN

22 OGOS 2008

Hari ni merupakan hari yang bersejarah...Cewah...Hari ni kami dimaklumkan dan dibahagikan mengikut penyelia masing2. Aku dan 20 orang lagi tetap kekal dibawah seliaan Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman. Aku sangat bersyukur...sebab aku tak perlu nak dapat penylia baru. Lagipun aku dah ready beberapa benda...huhuhu..Kami dikehendaki membuat berkaitan dengan tajuk... "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .....ikut tajuk masing-masing" Jadi, ini bermakna kami kene buat satu blog khusus untuk aku punya tesis..Paling best, kami bekerja di bawah satu kumpulan, kalo tak faham apae boleh rujuk or tanya kawan2 lain....Di bawah ni merupakakn rentetan ringkas prjalananku dalam menyiapkan latihan ilmiah ni...Diharap sangat, aku dapat menghasilkan sebuah blog yang boleh menjadi kegunaan semua orang khususnya barisan pendidik negara. Di bawah ni ,merupakan rentetan perjalanan aku dalam meyiapkan blog aku...kiranya imbas balik lah...tak pun diari mingguan akulah...huhuhu

MINGGU PERTAMA
25 - 31 Ogos 2008

i- MEMAHAMI TUGASAN
Pertama sekali aku kene belajar untuk fahami tugasan yang diberikan walau pun aku dah ada gambaran awal tentang tugasan. So tugasan aku adalah buat satu latihan ilmiah yang berbentuk blog.

ii- MEMBUAT TINJAUAN LITERATUR
Pada peringkat ini, aku buat tinjauan literatur seperti mana kalo kita nak buat tesis... Pelbagai aspek yang aku tengok seperti penggunaan ict dalam pendidikan islam, standard pemikiran, panduan penilain sumber dari laman Web, laman2 wen pendidikan Islam dan jenis-jenis dokumen dari laman web.

iii- BELAJAR MEMAHIRKAN MEMBUAT BLOG
Sebelum aku beralih kepada membuat blog, aku kene refresh kembali pengtahuan aku mengenai blog. Yelah amklumlah lama dah tinggalkan. Tup2 banyak perubahan besar dalam pembinaan blog. Lagi mudah daripada dulu. huhuhu

iv-MENCARI TAJUK
Peringkat ni paling pening. Yelah sibuk cari tajuk yang sesuai. Pening punya pening aku ingat nak buat pasal al-Quran, bab dari subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah tingkatan 4

v- MELIHAT SECARA RAWAK LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK
Belek punya belek, aku macam tak puas hati jer ngan lama2 yang berkaitan....aku jadi 50/50 dah nak teruskan tajuk....


MINGGU KEDUA
1 - 7 September 2008

vi- MENUKAR TAJUK
Huhuhu...di saat2 genting ni plak, aku amik keputusan untuk tukar tajuk... jadi, tajuk aku dan berubah
PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH : TINGKATAN EMPAT

vii-MEMBUAT PETA/KERANGKA KONSEP
Pada peringkat ini aku buat peta konsep supaya aku boleh selamat banyak benda. Peta konsep aku tulah jugak yang akanmenjadi objektif Pengajaran dan Pembelajaran aku kelak brdasarkan blog. Lagipun, dengan adanya peta konsep, aku tak perlu nak susah2 cari keyord untuk search maklumat yang berkaitan dalam laman web. Sangat mudah... Peta konsep aku masukkan di laman P & P di dalam blog.


viii- MENCARI LAMAN WEB YANG BERSESUAIAN
...Kami dikehendaki mencari dalam 50 laman web yang berkaitan..Alhamdullilah dapat gak 53 laman web.huhuhu. Apalagi lepas dapat, save jelah kat Bookmarks, lagi cepat dan mudah.. Susah juga nak cari laman web yang berkaitan, banyak yang tidak memenuhi syarat..huhuhu


MINGGU KETIGA
8 - 9 September 2008


viiii - MEMBINA BORANG PENILAIAN
Peringkat ni, aku kene buat borang penilaian sendiri bagi memudahkan aku nak menganalisa maklumat yang terdapat di dalam laman web yang aku dah cari sebelum ni. Aku mengambil 9 kreteria yang dicadangkan oleh Paul serta menambah satu lagi iaitu Hikmah ( Al-Quran dan Hadis).Borang penilaian aku buat di dalam word jer.

x - MENILAI LAMAN WEB
Minggu ni aku bz sikit...yelah nak nilai 50 laman web, bukan senang. Tapi aku buat gaklah....aku pun nilai berdasarkan standard pemikiran yang diberikan oleh penyelia. Payah jugak yer...duduk berjam2 depan komputer...tapi itu pada mulanya jer...bila dah masuk hari berikutnya, senang dah..Aku nilai dengan melakukan penandaan di aats kertas, kemudian barulah di masukkan ke dalam laman Gedung Pilihan...


xi - MEMASUKKAN HASIL PENILAIAN KE DALAM BLOG
Sebaik sahaja aku selesai membuat penilaian, aku pun masukkan lah hasil penialaian secara ringkas ke dalam blog. alah aku pun buat simple2 je..buat bentuk jadual, mudah sikit nak dibaca.huhuhuhu


Minggu Keempat dan Kelima 22 Sep - 05 Okt 2008

Minggu ni minggu balik kampung...so nampak gayanyer blog aku akan berehat selama 2 minggu...dui..apa boleh buat..apa pun Selamat Hari Raya kepada semua..Maaf Zahir dan Batin...jumpa pas cuti nanti..salam


Minggu Keenam
06-12 Okt 2008

xii- BANGUNKAN BLOG P & P
Minggu ni sangat tension...internet buat hal...pening kepala...macam manalah nak post artikel2 yang berkaitan..Kalo dapat tenet bukan main lembap lagi..siap main repair2 lagi ....


xiii- TUKAR TULISAN AYAT AL-QURAN JADI PICTURE

Ni lagi satu hal,,pening macam manalah nak masukkan ayat al-quran ke dalam post..copy n paste pun tak jadi ..just kuar simbol sahaja..Aku pun tanya tok guru....huhuhuhu..kat bawah contoh dia.....



MINGGU 7-9
13 Okt-02 Nov 2008


- BUAT PENAMBAHBAIKAN PADA BLOG

Dalam masa 3 minggu ni agak bz sikit..maklumlah bakal menjelang detik-detik peperiksaan.... Time nilah jugak nak submit asegment2 yang mana patut...walau bagaimanapun...jenguk jugaklah blog aku...huhu..buatlah penambahbaikan sikit bagi mana yang patut...huh payah jugak nak bangunkan blog mengikut standard yang diberikan..Pening...

- MENGEMASKINI EMPAT BLOG YANG SEDIA ADA

Bab ni lah yang payah ni...macam-macam lagi nak ditambah...aduiiii...Blog penilaian laman web...rasa2nya nak tukar lagi..buat analisis yang lebih baik...Apa lagi..minggu ni buat penialain buat kali yang kedua..Penilaian yang first tak cukup puas hati...lagipun nak buat kat power point untuk dijadikan flash...lagi mudah..tak perlu nak serabut buat pic..itu kaedah baru pula yang aku temui setelah meneroka kat alam IT nie..kukui..

- MEMBINA MODUL PENGAJARAN BERASASKAN WEB

Dalam bab ini, aku kene buat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) supaya aku boleh integrasikan blog yang aku buat ni dalam proses P&P kelak...alah macm kita biat sbelum ni time praktikal,,just bezanya kita guna laman web orang lain untuk mengajar dan membuat penerokaan..itu jer...Aku buatlah RPH sebagaimana yang aku buat semasa latihan mengajar tempoh hari..lagi mudah..lagipun kami diberikan pilihan untuk membuat RPH ikut cara apa sekalipun..Selain itu, aku juga buat power point yang akan digunakan di dalam P&P tersebut kelak sebagai Bahan Bantu Mengajar di samping beberapa contoh edaran soalan.

- MEMBUAT LAPORAN BERTULIS

Hah bab ini yang paling .....payah sebab kene mengarang ayat plak...nak jadikan semua dalam bentuk formal dan bertulis...Apalagi...Buatlah apa yang patut....



Slide 6
1

JOM DENGAR

.:: Nasyid Fm ::.

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP