Friday, November 21, 2008

PROSES PEMBANGUNAN BLOG P&P

Assalamualaikum semua...

Proses reflksi metakognitif merupakan satu proses mengingat kembali segala yang telah kita lakukan dari awall hingga ke akhir sesuah tindakan..Pada proses membangun sesebuah blog P&P, penulis telah mengambil 4 stategi utama dimana dibawah strategi tersebut terdapat beberapa tindakn lain. Pembaca boleh melihat rentetan perjalan penulis dalam membangunkan laman blog P&P...

Langkah Pertama – PERANCANGAN

Pada peringkat awal ini, pengkaji telah membuat pelan tindakan terlebih dahulu. Hal ini bertujuan supaya pangkaji dapat melihat secara keseluruhan tindakan yang bakal diambil. Pelan tindakan yang dibuat termasuklah senarai semak perkara yang ibgin dilakukan.

Langkah Kedua – GERAK KERJA DAN TINDAKAN

Peringkat kedua pula melibatkan peringkat pelaksanaan gerak kerja mahupun segala tidakan yang telah dirancang pada peringkat pertama tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil enam tindakan iaitu :

1.Mencari tajuk yang sesuai di dalam buku teks
Pengkaji telah mencari tajuk yang difikirkan sesuai di dalam buku teks .Pengkaji menyenaraikan beberapa tajuk yang difikirkan baik da akhirnya pengkaji telah memilih tajuk Kejadian Manusia di bawah bab Tanda-tanda Kekuasaan Allah. Tajuk tersebut merupakan silibus Pendidikan Al-Quran dan Sunnah bagi tingkatan empat.

2.Mencari buku atau sumber rujukan tambahan
Seterusnya, pengkaji telah ke perpustakaan Tun Sri Lanang bagi mencari buku dan sumber rujukan tambahan. Pengkaji tidak hanya menggunakan buku teks sebagai maklumat utama tetapi mengambil kira bahan rujukan lain. Pengkaji telah menggunakan 20 buah buku rujukan tambahan dalam pembinaan blog ini.

3.Membuat peta konsep
Setelah memperolehi bahan rujukan tambahan, pengkaji telah membuat peta konsep.Hal ini bertujuan supaya pengkaji dapat melihat dan menentukan jumlah objektif yang bakal dilaksanakan.Peta konsep tersebut dibuat menggunakan perisian microsoft Power Point untuk dijadikan sebagai gambar.


4.Mencari template yang bersesuaian
Langkah seterusnya adalah mencari template yang bersesuain bagi blog P & P pengkaji. Template yang hendak digunakan mestilah bertepatan dan bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.Bukan itu sahaja, ia mestilah mampu menarik minat golongan yang ingin membaca blog yang ingin dibangunkan tidak kira apa ju golongan pembaca.

5.Memasukkan segala isi kandungan mengikut peta konsep
Tindakan terakhir pada peringkat kedua ini adalah memasukkan segala isi kandungan blog mengikut maklumat yang terdapat pada peta konsep. Dalam erti kata lain, aktiviti post dilakukan pada peringkat ini.Isi kandungan yang dimasukkan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam buku teks serta bahan-bahan bacaan lain yang difikirkan sesuai dan bertepatan dengan tajuk. Isi kandungan hendaklah menepati sepuluh kriteria yang telah ditetapkan.


Langkah Ketiga – PEMANTAUAN DAN PEMERHATIAN

Peringkat ketiga pula melibatkan peringkat pematauan dan pemerhatian ke atas segala tidakan yang telah dilaksanakan pada peringkat kedua tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Melakukan pengharmonian ke atas blog
Pada tindakan ini, pengkaji telah melakukan pengharmonian ke atas blog dimana memasukkan elemen-elemen lain yang difikirkan sesuai ke dalam blog. Antara elemen-elemen tersebut adalah jam, kalender, label, biodata pengkaji dan sebagainya. Langkah ini diambil bagi memperlihatkan kecatikan blog di samping mampu menarik minat pengunjung blog.



2.Membuat penambahan isi yang difikirkan sesuai
Setrusnya, pada langkah ketiga ini juga pengkaji telah membuat penambahan isi kandungan yang difikirkan sesuai. Ia terdiri daripada dalil-dalil al-Quran dan hadis serta sumber rujukan. Hal ini bertujuan agar para pemabaca lebih menyakini akan kesahihan maklumat yang diberikan.



Langkah Keempat - PENILAIAN

Peringkat keempat pula ia melibatkan peringkat terakhir iaitu proses penilaian ke atas segala tindakan yang telah dilaksanakan pada peringkat ketiga-tiga peringkat tadi. Pada peringkat ini, pengkaji telah mengambil dua tindakan utama iaitu :

1.Membuat penambah baikan ke seluruh blog
Tindaakn pertama pada peringkat ini adalah dengan membuat penam baikkan ke atas seluruh blog sama ada isi kandungan, grafik, elemen dan sebagainya. Ia bertujuan untuk memperbetulkan mana-mana bahagian yang terdapat kesilapan ataupun kekurangan. Tindakan ini dilakuakn setelah meminta pandangan daripada beberapa orang rakan yang lain .



2.Membuat refleksi
Seterusnya adalah tindakan terakhir iaitu membuat refleksi. Refleksi bertujuan untuk mengimbas kembali segala perlakukan ataupun tindakan yang telah diambil dari awal proses penubuhan laman blog tersebut. Tindakan ini mengajar pengkaji supaya mampu berfikir secara kritis.

0 comments:

JOM DENGAR

.:: Nasyid Fm ::.

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP